BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Sunday, 12 July 2015

Agong boleh arahkan Najib bercuti sehingga siasatan selesai.


Agong boleh arahkan Najib bercuti sehingga siasatan selesai.

SUARAKAMI 02:16 BLOGGER , FEATURED


Hanya Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah boleh memberi cuti dan 'merehatkan' Perdana Menteri daripada jawatannya atas apa juga alasan yang diberikan.

Menurut seorang veteran UMNO yang enggan namanya disebut, keputusan Agong untuk memberikan cuti kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak juga adalah selepas mendapat pandangan serta laporan daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

"Selain kuasa bubar Parlimen, Agong juga mempunyai kuasa untuk memberi Najib cuti.

"Ia keputusan terbaik sebelum memangkukan jawatan Najib kepada pemimpin nombor dua negara sementara apa sahaja prosedur penyiasatan berlangsung," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Veteran UMNO berkenaan mengulas kenyataan penganalisis politik, Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang dilaporkan berkata Agong tidak mempunyai kuasa untuk memecat Najib daripada jawatan perdana menteri kecuali mendapat undi tidak percaya ahli Dewan.

Katanya, Agong hanya mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik perdana menteri yang pada pendapat baginda boleh mendapat sokongan majoriti ahli Dewan.

Pada Isnin, bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa berpendapat, sesuatu mesti dilakukan oleh semua pihak dalam negara ini untuk memaksa Najib melepaskan tanggungjawab dan kuasanya, setidak-tidaknya untuk sementara waktu.

Husam juga mencadangkan supaya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Agong bersama Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mencadangkan pelucutan jawatan Najib.

Katanya, Najib juga perlu berbuat demikian bagi membolehkan siasatan dan tindakan bebas dapat diambil.

Sementara itu, veteran UMNO berkenaan berkata kuasa Agong merupakan peringkat tertinggi negara selepas perdana menteri.

"Ada kondisi yang membolehkan Najib direhatkan, ia juga langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan rakyat berpuas hati dengan apa sahaja prosedur penyiasatan terhadap perkembangan isu semasa yang berlaku kini," ujarnya.

Pada Rabu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, perbincangan Kabinet memutuskan tidak mahu perdana menteri direhatkan pada saat pelbagai isu semasa yang memburukkan nama Najib ‎termasuk melalui artikel Wall Street Journal (WSJ).

Tegas Khairy, pendirian Kabinet kini dalam satu keputusan dengan membenarkan proses berkenaan semua isu melibatkan Najib ‎berjalan seperti yang diperlukan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Rabu juga mengeluarkan arahan siasatan dilakukan ke atas pihak yang mengugut mahu mengadakan demonstrasi besar sekiranya Najib enggan berundur.

Dalam satu kenyataan menerusi akaun Twitternya, Khalid menggesa Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) menyiasat satu imej bertulis "Demo besar jika Najib tak letak jawatan".

Najib pada Mei memberitahu tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahu beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Katanya selagi rakyat menyokongnya beliau untuk menerajui kepimpinan negara sebagai perdana menteri dan anggota UMNO terus teguh menyokongnya sebagai presiden parti maka dia tidak akan berganjak daripada jawatan yang disandangnya sekarang.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...