BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Friday, 3 July 2015

ADUN: Najib ada harapan jadi PM pertama CBT

ADUN: Najib ada harapan jadi PM pertama CBT


Datuk Seri Najib Razak digesa menjawab dakwaan terkini media antarabangsa Wall Street Journal (WSJ) yang mengaitkan dana 1MDB dengan akaun bank perdana menteri.

“Pendedahan WSJ dan Sarawak Reportyang mengaitkan Najib dalam skandal terkini melibatkan 1MDB amat mengejutkan,” kata Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Batu Jimmy Puah.

“Jika laporan ini betul, Najib boleh jadi perdana menteri pertama dalam sejarah Malaysia yang disiasat, dituduh dan disabitkan pecah amanah (CBT) atau kesalahan bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009”

Beliau yang juga timbalan pengerusi PKR Johor berkata agak mengecewakan apabila dokumen berkaitan dalam isu itu dikatakan sedang dipegang oleh agensi penguatkuasaan Malaysia.

“Mungkin ini masa paling sesuai untuk peguam negara membuka mulut dalam isu ini,” kata Puah.

WSJ, sebuah media berpengaruh di peringkat global, melaporkan terdapat pergerakan dana hampir AS$700 juta daripada badan dikaitkan dengan 1MDB ke akaun peribadi perdana menteri.

Laman pembocor maklumat Sarawak Report pula melaporkan sebanyak AS$681,999,976 (RM2.6 bilion) dipindahkan daripada danaAbu Dhabi Aabar ke dalam akaun peribadi Najib di AmBank di Kuala Lumpur pada bulan Mac 2013, dua bulan sebelum pilihan raya umum pada 5 Mei 2013.

[Baca berita asal]

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...