BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Monday, 29 June 2015

TUN M SIMPAN BANYAK LAGI RAHSIA 1MDB

TUN M SIMPAN BANYAK LAGI RAHSIA 1MDB – ZAM
June 29, 2015




zainuddin-maidin

Penangkapan Xavier Andre Justo menampakkan strategi yang digunakan jentera komunikasi parti dan propaganda Najib tidak bijak

(Free Malaysia Today) – Tun Dr Mahathir Mohamad masih menyimpan banyak lagi “rahsia benar” mengenai 1MDB yang akan didedahkan satu demi satu dan bila perlu akan didedahkan semuanya dan bukan hanya Sarawak Report sumber maklumatnya.

Berdasarkan pengalaman sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau dikenali sebagai seorang yang mementingkan fakta yang benar dalam sesuatu isu yang dibangkitkannya terutama berhubung kepentingan negara.

Ia dibuktikan beliau dalam kes pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di mana Dr Mahathir dikatakan begitu teliti sebelum tindakan diambil.

“Dalam kes Anwar Ibrahim beliau tidak mahu percaya tentang kelakuannya yang diadukan oleh beberapa pihak termasuk oleh Ketua Polis Negara sendiri sehinggalah orang yang mengalaminya bercerita sendiri kepadanya,” tulis Tan Sri Zainuddin Maidin di entri blognya, zamkata.blogspot.com.

Oleh itu, beliau berpendapat penangkapan Xavier Andre Justo dan kaitan kononnya maklumat yang disalurkannya kepada Dr Mahathir tidak akan memberi impak.

Bahkan ia menampakkan strategi yang digunakan jentera komunikasi parti dan propaganda Najib tidak bijak.



No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...