BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Saturday, 27 June 2015

TIPU DAN MENYAMAR SEBAGAI KAUM PRIBUMI SABAH - PENGERUSI DAP SABAH TURUT TERLIBAT SAMA !!!


TIPU DAN MENYAMAR SEBAGAI KAUM PRIBUMI SABAH - PENGERUSI DAP SABAH TURUT TERLIBAT SAMA !!!
Demi tamakkan tanah dan mahu membolot kekayaan hasil bumi Sabah, ada pihak yang menipu sijil pribumi mereka. Dan semalam, SPRM telah bertindak dan menangkap beberapa orang daripada mereka turut ditangkap.
Seluas 2,000 hektar tanah yang diperuntukkan untuk Bumiputera di Pantai Timur Sabah dan RM10 juta yang dibeli oleh bukan-Bumiputera dalam Amanah Saham Bumiputera, telah dibekukan oleh SPRM. (RUJUK SINI) TAnah dan saham ASB itu telah dibeli dengan menggunakan sijil pengakuan pribumi palsu atau Sijil Anak Negeri. 14 orang individu telah dikenalpasti.
Berita ini, langsung tidak mendapat perhatian daripada Lim Kit Siang. Tidak disebut langsung oleh DAP mahupun mereka yang banyak bercakap tentang ketelusan, kejujuran dan anti penyelewengan.
Menariknya, salah seorang daripada mereka yang terlibat adalah Pengerusi DAP Sabah yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Kinabalu yang cukup terkenal dengan penentangannya terhadap pembinaan sebuah masjid. Masjid disifatkannya sebagai punca segala masalah kerana bising pada waktu subuh dan menyesakkan jalanraya pada hari Jumaat.
Sijik Anak Negeri milik Jimmy Wong telah ditarik balik pada September 2012 pada ketika dia masih lagi seorang ADUN Sri Tanjung. Sebelum itu, kesahihan Sijil Anak Negerinya telah dipersoalkan dalam sidang DUN.
Akhirnya sebuah lembaga penyiasat yang dilantik telah menarik balik Sijil Anak Negeri Jimmy Wong.
Jimmy Wong mengaku sebagai Sino-Kadazan. Sedangkan jalur keluarganya langsung tidak menunjukkan setitik darah Kadazan pun dalam tubuhnya memandangkan kedua-dua ibu bapanya adalah Cina sepertimana yang terdapat dalam sijil kelahirannya.
Itulah yang DAP kecohkan sangat... pasal kesamarataan, pasal meritokrasi kononnya tetapi hakikatnya keinginan besar mereka untuk menguasai Sabah dan Sarawak adalah tanahnya. Mereka sanggup berbuat apa-apa sahaja, hatta menipu Sijil Anak Negeri.
Hairannya, DAP juga yang begitu hebat mendakwa mereka adalah parti berbilang kaum. Bila dah parti berbilang kaum, mereka seharusnya ada jati diri dengan setiap anggota dalam parti itu tidakperlu menyamar sebagai kaum lain semata-mata kerana mahu membolot tanah dan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan kepada Bumiputera.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...