BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Thursday, 25 June 2015

Tertangkap nya Justo tidak mengubah apa apa pun berkenaan dengan pelaburan , pinjaman, dan ketidak cairan aliran tunai 1MDB.


SURATAN ATAU KEBETULAN ?
Panjang sikit ni .. ada masa bacalah ..bulan puasa lebih afdal.
Salam Jumaat dan Salam 1Malaysia.
Memandangkan terlalu kurang penerangan tentang apa yg sebenarnya berlaku pada pelaburan 1MDB dengan PetroSaudi, maka saya mengambil peluang menulis dalam bahasa melayu yg mudah faham pada orang kebanyakan.
GAMBARAJAH 1:
Pada September 2009, 1MDB telah memeterai penjanjian Joint Venture company dengan Petrosaudi Cayman Ltd (PSI), menubuh kan 1MDB PetroSaudi Ltd (JV Co) di kepulauan British Virgin.
Perjanjian tersebut memerlukan 1MDB menyuntik modal tunai sebanyak USD1 billion ( RM3.70 billion). Manakala PSI pula menyuntik harta minyak dan gas mereka dalam JV Co , nilai 60% dari jumlah saham.
Salah satu syarat JV tersebut, 1MDB mestilah membayar hutang berkaitan harta minyak dan gas PSI sebanyak USD700 million yg di bayar terus kepada GoodStar Limited (Sychelles).
Jadi pada awal nya hubungkait 1MDB dan Petrosaudi adalah melalui JV ini di mana modal tunai nya dari 1MDB, manakala PSI menyuntik harta syarikat kedalam JV Co tersebut. Nilai keseluruhan saham syarikat Jv tersbut ialah USD2.5 billion.
GAMBARAJAH 2
Bagaimana pun langit tidak lah selalunya sampai ke petang.
Lebih kurang 6 bulan selepas JV di tandatatangani, iaitu pada bulan March 2010, JV tersebut telah di tamatkan.
Penyelesaian bila JV di tamatkan adalah seperti berikut:
1. PSI mengambil semua 100% JV co tersebut
2. 1MDB pula tidak mendapat balik bayaran tunai terhadap 40% sahamnya ..tetapi saham tersebut telah di transformasi menjadi pinjaman kepada JV Co . Ini adalah pinjaman patuh syariah yg bernama Murabahah Notes bernilai USD1 billion.
Yang lebih menarik lagi, 1MDB terus bermurah hati memberi kan lagi pinjaman kepada JV Co tersebut walaupun sudah tiada JV sudah di tamatkan.
Pinjaman baru dalam bentuk Murabahah Notes bernilai USD830 million telah di berikan kepada JV Co tersebut.
Tumpuan harus di beri kepada pinjaman Murabahah ini yg berjumlah USD1.83 billion.(RM6.7 billion nilai sekarang) ketika itu yg di pinjamkan kepada syarikat yg sudah tidak lagi mempunyai hubungkait dengan 1MDB.
GAMBARAJAH 3
Gambarajah ni ada complicated sikit sebab ada 3 pihak terlibat di sini. Tapi kalau baca pelan2 dengan berpandukan gambarajah , Insyaallah boleh faham.
Pertama ..jumlah pinjaman Murabahah USD1.83 billlion tadi tidak di bayar oleh PSI secara tunai, tetapi mereka membayar dengan saham pula pada bulan Jun 2012. Alhamdulillah saham yg diberikan sebagai bayaran kepada pinjaman murabahah tersebut bernilai USD2.2billion. Untung kita.
Saham tersebut ialah saham PetroSaudi Oil Services Ltd, yaani satu lagi. anak syarikat PetroSaudi
Kedua ..pada bulan September 2012, setelah 3 bulan memegang saham tersebut, 1MDB menjual saham2 POSL tersebut .
Ya habibi kita untung lagi apabila nilai jualan saham adalah USD2.318 billion. Makna nya kita sudah untung hampir USD500 million !
Tetapi rupanya jualan saham tersebut sekali lagi tidak di bayar dengan tunai.
Ketiga ... 1MDB dibayar dengan Units di Cayman Registered Funds yg di uruskan oleh Bridge Partners. Siapakah Bridge Partners? nanti ada masa saya kupas lain in details siapa mereka dan kenapa mereka bernasib baik dapat menguruskan dana lebih USD2.318 billion kepunyaan Dana kedaulatan dan Kekayaan Malaysia,
Units ini di atas nama Brazen Sky sebuah syarikat hakmilik penuh 1MDB yg di tubuhkan di Cayman,
Seperti yg kita ketahui , BSI Singapore adalah custodian kepada fund ini.
RUMUSAN DAN KESIMPULAN
Bermula dengan modal Joint Venture sebanyak USD 1billion, yg kemudian nya di transformasi menjadi pinjaman Murabahah, di tambah lagi pinjaman baru USD830 million menjadi kan jumlah yg 1MDB pinjamkan kepada PSI melalui JV Co ialah USD 1.83 billion.
Hutang hutang ini tidak di bayar dengan tunai tetapi transformasi kali kedua berlaku pada tahun 2012 apabila hutang2 tersebut di ubah menjadi saham2 PSOL . Nampak ada keuntungan hasil transformasi menarik ini.
Pada September 2012 satu lagi timbalbalik harta telah berlaku apabila saham2 tersebut di jual.
Sekali lagi walaupun kita jual saham, apa yg kita dapat bukan lah tunai, tapi dana dalam Cayman funds yg kunun nya bernilai USd2.318 billion.
Pihak Juruodit Tetuans Delloite telah mengesahkan kehadiran dana tersebut dalam custodian BSI Singapore.
Melalui nota2 odit, Units dana tersebut di klasifikasikan sebagai Asset Level 3. Ini lah saja nilai yg Delloite berani sahkan terhadap units tersebut,
Sampai hari ini .. kita masih belum dapat melihat hasil daripada ini semua balik ke Malaysia.
Sekian have a good weekend
P/S
.. semua yg saya tulis di atas adalah dari data rasmi yg boleh di perolehi dari website 1MDB.
Saya tidak bergantung harap pada Sarawak Report atau The Edge atau dari Justo.
Tertangkap nya Justo tidak mengubah apa apa pun berkenaan dengan pelaburan , pinjaman, dan ketidak cairan aliran tunai 1MDB.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...