BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Saturday, 27 June 2015

Tanpa GST Malaysia akan bankrap seperti Greece....Artikel menarik untuk anda baca.


Tanpa GST Malaysia akan bankrap seperti Greece....Artikel menarik untuk anda baca.

SUARAKAMI 11:47 BLOGGER


Malaysia Muflis dan Bangkrap Seperti Greece Jikalau Cukai GST 6% Tidak Dilaksanakan?

Malaysia Muflis dan Bangkrap Seperti Greece Jikalau Cukai GST 6% Tidak Dilaksanakan? Anda semua di sini sebagai rakyat marhaen yang membanting tulang setiap hari ada 2 pilihan, samada anda perlu berusaha keras membayar cukai tambahan iiatu cukai GST kepada kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib atau anda bakal melihatkan kerajaan Malaysia terpaksa menambah hutang negara melalui pinjaman bagi survival pentadbiran kerajaan Malaysia hari ini sekaligus berisiko besar untuk Malaysia mulis dan bangkrap seperti negara Greece. Ini antara bait-bait perkataan yang pernah keluar daripada mulut seorang Perdana Menteri Malaysia dalam satu seminar Pengukuhan Ekonomi Negara sebelum ini. Tetapi yang berlaku sekarang?

Kenakan cukai GST

Cukai pendapatan masih lagi tinggi

Hutang negara semakin melonjak

Cuma yang persoalkan, mengapa dan kenapa kerajaan Malaysia sudah tahu Malaysia bakal berhadapan dengan muflis dan bangkrap :


Masih lagi berikan BR1M yang mencecah bilion setiap tahun?

Berhutang sehingga RM42 bilion untuk 1MDB?

Tukar jet baru?

Saiz kabinet Malaysia semakin besar

Belanja kos sehingga RM7,000 juta semata bagi mendapatkan khidmat nasihat penasihat. Bukankah negara sepatutnya menjadi lebih baik? Apa sudah jadi sekarang? Apa rakyat Malaysia tiada idea yang bijak dan bernas sehingga terpaksa panggil orang luar?

Punca dan Sebab Greece Bangkrap VS Malaysia Muflis?

Jikalau anda semak semula laporan Berita Semasa di bawah ini, Berita Semasa pernah senarai mengapa dan kenapa Greece menjadi seteruk pada hari ini? Antara ialah :

Masalah salah urus tadbir negara

Tipu angka ekonomi

Kronisma dan nepostime yang berleluasa

Mempunyai bilangan kakitangan awam yang sangat tinggi, ratio antara yang tertinggi di dalam Kesatuan Eropah.


Bagi kami isu GST adalah timing. Jikalau pada ketika ekonomi Malaysia sedang rancak di era 90 an di mana kos sara hidup rakyat Malaysia juga tidak terbeban pada ketika itu, ia adalah masa paling sesuai untuk dilaksanakan GST. Tetapi kerajaan lebih selesa memilih untuk melaksanakan GST pada zaman dan ketika semua subsidi ditarik sehingga harga barang terus melambung tinggi ditambah penguatkuasaan yang cukup-ckup lemah.

Malah cukup pendapatan hanya dikurangkan sekelumit kecil sahaja semata-mata untuk memenuhkan kantung kerajaan Malaysia. Kiri kanan ambil? Cukai GST dapat, cukai pendapatan masih kekal begitu juga? Ermmmm……Nasib rakyat....

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...