BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Sunday, 28 June 2015

Tangkapan Justo seperti dirancang untuk bersihkan nama Najib, kata bekas menteri

Tangkapan Justo seperti dirancang untuk bersihkan nama Najib, kata bekas menteri

zainuddin maidin umno 

Bekas menteri penerangan dan wartawan veteran Tan Sri Zainuddin Maidin berkata beberapa perkara boleh dipertikaikan sejak berita mengenai tangkapan bekas pengarah PetroSaudi International (PSI) Xavier Andre Justo itu didedahkan akhbar New Straits Times (NST). – Gambar The Malaysian Insider

Tan Sri Zainuddin Maidin menyifatkan tangkapan bekas pengarah PetroSaudi International (PSI) Xavier Andre Justo yang didakwa membocorkan maklumat yang ada kaitan dengan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seolah-olah dirancang untuk membersihkan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bekas menteri penerangan dan wartawan veteran itu berkata beberapa perkara boleh dipertikaikan sejak berita mengenai tangkapan Justo itu didedahkan akhbar New Straits Times (NST).
“Semua ini perancangan bawa wartawan New Straits Times pergi ke Bangkok untuk buat liputan berita ke atas Justo, yang ada hanya New Straits Times saja pergi.
“Cuba baca, mereka dibawa pergi untuk buat liputan di Bangkok dan mereka saja yang terbitkan berita itu terlebih dulu,” katanya yang dikenali dengan nama pena Zam kepada The Malaysian Insider.
NST menyiarkan penangkapan Justo pada muka depan akhbar itu pada Rabu lalu, malah menghantar wartawan mereka ke Bangkok sehari lebih awal untuk membuat liputan tersebut.
Malah, NST dalam laporannya juga mendakwa Justo membuat pengubahsuaian ke atas dokumen PSI yang kemudian digunakan laman pembocor rahsia, Sarawak Report yang banyak membuat pendedahan mengenai skandal 1MDB.
Zainuddin, yang juga bekas ketua pengarang Utusan Malaysia berkata laporan tersebut kemudiannya digunakan seolah-olah untuk membersihkan nama Najib sendiri.
“Jadi ia dirancang, ia kemudian dikeluarkan dibuat seolah-olah untuk membersihkan Najib,” katanya.
Sarawak Report awal bulan lalu mendakwa perjanjian usaha sama 1MDB-PetroSaudi dimulakan ahli perniagaan Low Taek Jho dan pasukannya pada 8 September, 2009 iaitu hampir sebulan sebelum perjanjian itu ditandatangani.
Ahli Parlimen DAP Tony Pua berkata PetroSaudi International juga mewujudkan anak syarikat, 1MDB-PetroSaudi pada 18 September tahun sama, 10 hari sebelum anak syarikatnya menerima AS$1 bilion daripada 1MDB.
Empat hari kemudian, pada 29 September, 1MDB membeli 40% saham baharu dalam 1MDB-PetroSaudi dan menyuntik RM1 bilion dalam bentuk wang tunai.
Keesokannya, sejumlah AS$700 juta dibawa keluar daripada 1MDB-PetroSaudi dan diberikan kepada PetroSaudi International.
Selain Zainuddin, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga sangsi dengan berita tangkapan Justo tersebut yang dibuat pada ketika Najib gagal menjawab berkaitan semua skandal 1MDB.
Seorang lagi wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin berkata masih terlalu awal untuk bersetuju dengan kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung kebocoran maklumat daripada Xavier Andre Justo adalah maklumat yang diputar belit. – The Malaysian Insider

1 comment:

  1. BERITA BAIK !!! BERITA BAIK !!! BERITA BAIK !!!
    Feyilfatma Nama saya, tinggal di malaysia, saya adalah seorang Muslim yang taat saya mahu menggunakan
    Media ini untuk mengingatkan semua orang mencari pinjaman untuk berhati-hati dengan penipu kerana mereka everywhere.Few bulan lalu, saya adalah dari segi kewangan ke bawah, dan kerana keperluan saya, putus asa dan kemiskinan, saya telah scammed oleh beberapa syarikat yang dipanggil pinjaman dalam talian. Saya tidak berputus asa sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman sangat handal dipanggil Puan theresa yang memberi pinjaman pinjaman tidak bercagar $ 57,000 dalam masa 24 jam tanpa tekanan, pada mulanya ia adalah seperti mimpi bagi saya sehingga saya melihat ansuran pertama saya amaran 2 jam selepas saya digunakan. Saya menggalakkan rakan-rakan malaysia yang memerlukan pinjaman untuk sila hubungi Cik Theresa melalui: theresaloancompany@gmail.com
    Berhati-hati! Anda juga boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut melalui: feyzilfatma@gmail.com

    ReplyDelete

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...