BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Saturday, 27 June 2015

Tanda Protes: Lepas Jawatan UMNO Sokong TMJ.....Muhiyyidin..Hishamudin Mcm Mana?


Tanda Protes: Lepas Jawatan UMNO Sokong TMJ.....Muhiyyidin..Hishamudin Mcm Mana?

SUARAKAMI 05:24 BLOGGER


Ketua Pemuda Umno Kluang, Datuk Khairul Anwar Rahmat yang sebelum ini menganjurkan program #Nothing2Hide, meletakkan semua jawatannya dalam parti itu "bagi meneruskan kerja-kerja kemasyarakatan di dalam dan luar negara serta perluasan operasi korporat firma" milik beliau.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Khairul yang pernah berkhidmat sebagai wartawan di Berita Harian berkata keputusan berkenaan diambil selepas mendapat restu daripada ibu serta mengadakan perbincangan mendalam bersama ahli keluarga.

"Mohon doakan saya berjaya dalam apa jua lapangan yang bakal saya ceburi kelak," katanya.

Selain memegang jawatang Ketua Pemuda Umno Kluang, Khairul juga adalah Naik Ketua Umno bahagian itu, Naib Ketua Pemuda Umno Johor dan Ketua Sekretariat Perundangan Umno Malaysia.

Peletakan jawatan Khairul Anwar pada mulanya diumumkan Unit Komunikasi Korporat syarikatnya, Khairul Group, sebelum beliau sendiri kemudian mengeluarkan kenyataan mengesahkan perkembangan tersebut.

Sokong TMJ

Serentak itu juga, kata kenyataan kumpulan berkenaan, Khairul Group mengumumkan rancangan mereka meneruskan operasi firma itu ke Asia Barat dan Eropah yang tertangguh disebabkan pengerusinya masih bergiat aktif dalam platform politik tempatan.

"Semoga langkah terbaru ini dapat memberi manfaat kepada firma terutama bagi memuktamadkan beberapa rundingan dalam bidang hartanah, perundangan dan mediasi antarabangsa," kata kenyataan itu.

Sebelum ini Khairul Anwar - seorang peguam - bertanggungjawab menganjurkan program wacana Nothing2Hide yang sepatutnya menjadi tempat untuk Datuk Seri Najib Razak mengadakan dialog bersama sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Bagaimanapun program itu tergendala dan dibatalkan selepas mendapat arahan daripada polis.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang datang ke majlis itu untuk bertanyakan soalan mengenai 1MDB kemudian sempatberucap beberapa minit sebelum diminta berhenti oleh polis.

Kelmarin, Khairul Anwarmenyatakan sokongan kepada peringatan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya anggota politik mendahulukan khidmat untuk rakyat.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...