BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Thursday, 25 June 2015

Nallakarupan kecam Dr Mahathir di Dewan Negara

Nallakarupan kecam Dr Mahathir di Dewan Negara

Malaysian Indian United Party president, K.S. Nallakaruppan ® looks on as he waits outside the High Court in Kuala Lumpur on May 15, 2015. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli 

Senator Datuk Seri N Nallakarupan memberitahu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dahulunya amat menentang tindakan mengeluarkan kenyataan melalui media antarabangsa dan pernah mengecam bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila melakukan perkara sama. – Gambar The Malaysian Insider, 24 Jun, 2015.

Senator Datuk Seri N membidas Tun Dr Mahathir Mohamad yang memburukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui akhbar antarabangsa dengan mendakwa ia akan menghancurkan negara.

Nallakarupan memberitahu Dewan Negara hari ini Dr Mahathir dahulunya amat menentang tindakan mengeluarkan kenyataan melalui media antarabangsa dan pernah mengecam Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila melakukan perkara sama.
“Adakah beliau mempunyai sebarang prinsip? Beliau mencemarkan nama negara, nama perdana menteri di surat khabar New York Times,” kata Nallakarupan ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke 11 ( RMK11) di Dewan Negara hari ini.
Bekas pemimpin PKR itu juga menggesa Najib untuk mengikut jejak Dr Mahathir ketika menjadi perdana menteri dengan memecat sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengannya.
“Jadi saya nak beritahu perdana menteri jangan takut, buang saja menteri dan timbalan menteri dan yang tidak bersama kamu,” katanya.
Beliau berkata, Najib sudah membuktikan beliau adalah perdana menteri yang lebih baik daripada Dr Mahathir.
Pada masa sama beliau menggesa Dr Mahathir untuk berhenti menyerang Najib .
Sebaliknya beliau berkata Dr Mahathir seharusnya mengambil kesempatan berbaik dengan Najib.
“Di bulan Ramadan ini, Dr Mahathir sepatutnya ambiklah kesempatan ini berbaik ajak minum kopi di rumah.
“Saya sendiri boleh jadi pemandu beliau dan boleh bawa beliau ke rumah Najib, ini bukan kepentingan peribadi tapi atas kepentingan negara dan rakyat.
Nallakarupan turut menyeru kaum Melayu untuk bersatu dan mengelakkan pertelingkahan.
“Sekarang ini beliau (Dr Mahahir) mahu hancurkan negara, kita tengok orang Melayu bergaduh banyak parti bergaduh, PAS dan DAP bergaduh, jika Umno berpecah Melayu akan rugi,” katanya. –  The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...