BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Friday, 26 June 2015

NAJIB BELUM BOLEH TIDUR LENA KERANA BANYAK KERAGUAN TERHADAP PENAHANAN JUSTO


NAJIB BELUM BOLEH TIDUR LENA KERANA BANYAK KERAGUAN TERHADAP PENAHANAN JUSTO

1:09 AM SUNGAI RAPAT 4 COMMENTS


Tun Dr Mahathir mendakwa wujud konspirasi yang dirancang pihak tertentu di sebalik penahanan bekas pengarah PetroSaudi International Xavier Andre Justo.

Tun Mahathir berkata, penahanan Justo oleh pihak berkuasa Thailand itu agak mencurigakan kerana dia melakukan kesalahan jenayah di Arab Saudi.

"Kita tengoklah apa dia cakap tetapi dia punya keadaan itu mencurigakan sedikit, macam ada perancangan yang dibuat lebih awal.

"Ini orang pandai-pandai belaka, macam-macam perancangan ada sekarang ini," katanya Tun M lagi.

Tun Mahathir juga hairan dengan tindakan penguat kuasa Thailand yang “berminat” sangat menahan Justo kerana kebiasaannya negara lain tidak akan mengambil berat melainkan seseorang itu disenaraikan sebagai pengganas.

Sebaliknya, Tun Mahathir berkata Justo hanya datang ke Thailand sebagai pelancong dan tidak ada asas untuk beliau ditahan.

"Yang saya hairan dia bukan buat kesalahan di Thailand, dia buat kesalahan di Arab Saudi.

"Barangkali sebab dia pengganas sebab itu tahan dia. Kalau dia setakat tipu syarikat, itu masalah Arab Saudi kena betulkan," katanya.

Warga Switzerland itu pada Selasa lalu ditahan di sebuah rumah di sebuah pulau peranginan Thailand, Koh Samui dan beberapa komputer, pemacu cakera keras serta alat penyimpanan data turut dirampas.

Justo dilaporkan menerima RM15 juta untuk meletak jawatan di PetroSaudi, tetapi dituduh meminta lebih banyak wang dalam cubaan memeras ugut syarikat itu berkaitan urus niaga dengan 1MDB.

Media Thailand melaporkan Justo menafikan tuduhan itu.

Polis Thailand turut menggambarkan Justo sebagai eksekutif teknologi maklumat (IT) tetapi semakan The Malaysian Insider menunjukkan Justo ialah pengarah di PetroSaudi.

Kemudian mereka terus membuat kesimpulan bahawa maklumat yang diberi kepada Sarawak Report berkenaan 1 MDB adalah palsu walaupun mereka belum melakukan sebarang siasatan rapi.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...