BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Thursday, 25 June 2015

Mari kita baca apa kata otai penulis politik tanahair kita niii isu pembelian Apartment di Melbourne Australia....

Mari kita baca apa kata otai penulis politik tanahair kita niii
isu pembelian Apartment di Melbourne Australia....
SKANDAL BELI APARTMEN MARA
Pengerusi MARA, Annuar Musa, nampaknya mahu menyalahkan Economic Council yang pengerusinya Najib sendiri yang meluluskan pembelian Dudley International House di Melbourne itu. Sekarang kedua pihak cuba menyalahkan media yang tidak dikuasai Najib sengaja memberi gambaran negatif terhadap PM. Tak usah putarbelit dengan kata-kata lidah tak bertulang. Tanya Najib dan Annuar Musa kuasa dan tanggungjawab mereka. Bukankah MARA yang mencadangkan pembelian apartmen itu dulu? Bila ada persetujuan dari para pegawai dalam MARA Inc barulah dibawa ke pengetahuan Economic Council yang dipengerusikan oleh Najib untuk mendapat kelulusan. Betullah bukan Najib seorang yang membuat keputusan tetapi sebulat suara bersetuju pembelian itu. 

Yang menjadi persoalan apakah pihak Economic Council tidak merujuk tentang harga yang lebih tinggi dari harga pasaran bila membeli hartanah tersebut? Apakah Economic Council terus menerima saja tanpa mengkaji dari segi harganya yang tinggi itu? Sekiranya perkara ini tidak didedahkan oleh akhbar THE AGE di Australia rakyat tidak tahu mainan kongkolikong individu2 tertentu dari MARA dan bekas politikus yang korup, menipu rakyat Tanya pada Najib lagi sebagai PM merangkap menteri kewangan merangkap lagi sebagai pengerusi Economic Council apakah kamu hanya angguk dan meluluskan sesuatu peruntukan tanpa mengkaji implikasinya kepada kewangan negara?. 

Kalau anda prihatin terhadap wang negara yang diamanahkan rakyat kepada anda maka tidak akan berlaku skandal 1MDB dan juga pembelian apartmen oleh MARA itu. Nampaknya ada individu2 tertentu dalam MARA dan juga Economic Council tidak amanah menjaga kepentingan rakyat. Najib dan Annuar Musa perlu meletakkan jawatan mereka, dan pihak SPRM, polis serta PAC mesti diberi kebebasan menyiasat sampai ke akar umbi terhadap skandal ini. Hari ini imej Malaysia di mata dunia amat buruk sebagai salah sebuah negara yang paling korup di dunia. Apakah Najib, anak Tun Razak, boleh berbangga dengan kepimpinannya yang lemah dikuasai oleh bininya yang super rakus? Hanya Allah saja yang maha mengetahui dan boleh menentukan nasib setiap insan yang bernama pemimpin yang super rakus, super korup itu. Kalau Najib dan Rosmah masih berkuasa sehingga PRU 14 alamat pociklah BN hendak kembali berkuasa.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...