BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Friday, 26 June 2015

Maklumat 1MDB Bocor.....Kerajaan Ancam Media


Maklumat 1MDB Bocor.....Kerajaan Ancam Media

SUARAKAMI 21:10 BLOGGER


Gangguan untuk menakut-nakutkan media tidak akan terhenti sekiranya pengamal media sendiri tidak bersedia bangkit mempertahankan diri daripada pihak berkuasa yang gemar menggunakan mereka sebagai ‘sasaran’ dalam permainan kegemaran mereka- menyalahkan si pembawa khabar.
Seperti yang ditegaskan oleh presiden bersama Centre for a Better Tomorrow (Cenbet) Lim Chee Wee dan Gan Ping Sieu (kanan), ancaman yang dilakukan oleh Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi tentang kemungkinan penarikan lesen penerbitan surat khabar perniagaan The Edge perlu diberikan perhatian yang mendalam.

“Kenyataan itu boleh dianggap sebagai cubaan jahat untuk mengekang kebebasan media dan cubaan menakut-nakutkan media.

“Kenyataan itu juga bertentangan dengan semangat kebebasan yang diberikan selepas pindaan Akta Percetakan dan Penerbitan (PPPA) 1984 tiga tahun lepas, yang telah membuang beberapa peruntukan yang menekan,” kata mereka berdua dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Ini bukanlah kali pertama Zahid mengeluarkan ancaman kepada media dan kenyataan terbarunya dikeluarkan berikutan penahanan bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd Xavier, Andrea Justo, seorang rakyat Swiss, oleh polis Thailand kerana di dakwa membocorkan rahsia syarikat kepada laman web bebas Sarawak Report.

Laman berita dalam talian Malaysiakini memetik Zahid sebagai berkata yang Putrajaya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand dengan matlamat mengambil tindakan ke atas The Edge Media Group dan Sarawak Report.

Dia berkata ini kerana maklumat terbaru yang dilaporkan oleh Sarawak Report dan kemudiannya diterbitkan semula oleh The Edge sebagai tidak benar dan faktanya “diputarbelit”- berdasarkan hasil siasatan awal yang mendakwa Justo telah mengubah maklumat dalam dokumen yang dibocorkan itu.

“Dengan penahanan yang dilakukan di Thailand, kami akan menyediakan apa sahaja sokongan yang diminta oleh pihak berkuasa Thai, termasuk menyediakan saksi dari Malaysia.

“Kami percaya yang (penjenayah) perlu bertanggungjawab sepenuhnya di atas tindakan (yang akan di ambil) yang mengakibatkan laporan palsu atau penyelewengan berniat (fakta),” katanya.

Sebagai maklum balas kepada Zahid, Lim dan Gan bagaimanapun berkata : “ walaupun jika betul dakwaan mengubah email dan maklumat, maklumbalas yang keterlaluan oleh menteri bertentangan dengan sikap berdiam dirinya terhadap banyak lagi saman fitnah yang telah dilakukan oleh beberapa ahli politik dan aktivis kepada beberapa media arus perdana kerana fitnah atau berita palsu.”

“Saman-saman yang dimenangi ini membuktikan beberapa akhbar ini telah bersalah yang disamakan oleh menteri dengan The Edge,” kata mereka.




Walaupun Cenbet tidak merujuk kepada mana-mana suratkhabar tertentu, pembaca dengan mudah dapat mengingati surat khabar yang didenda berjuta ringgit kerana saman fitnah tetapi tidak pula menerima ancaman oleh Zahid seperti yang dikeluarkan kepada media lain.

Lim dan Gan juga berkata yang The Edge dan media-media lain telah menimbulkan banyak persoalan sah mengenai kekecohan kewangan RM 42 bilion 1 Malaysia Development Berhad tetapi hanya menerima “kesenyapan luar biasa” daripada pihak yang bertanggungjawab.

“Kenyataan menteri ini, secara kesimpulannya, tidak diperlukan. Ia sangat membimbangkan, apatah lagi dengan penahanan dan soal siasat kepada lima orang wartawan pada April,” kata mereka lagi. Pemerhati mendakwa yang kedua-dua media The Edge dan Sarawak Report telah dijadikan sasaran kerana pembongkaran terperinci mereka tentang operasi 1MDB

Pada 23 Jun, Sarawak Report telah menerbitkan surat terbuka kepada Kementerian Luar Swiss di Bern, menulis kebimbangan mereka tentang penahanan Justo dan mengaitkannya dengan cubaan oleh PetroSaudi International untuk menyembunyikan penipuan berbilion dollar melibatkan 1MDB. Sementara itu, kumpulan pendesak media Gerakan Media Marah (Geramm) dalam kenyataan bertarikh 25 Jun juga menyentuh beberapa dakwaan yang dilakukan oleh kerajaan kepada media, berkenaan laporan mereka tentang korupsi dan salah guna.

“Daripada membazir tenaga menyalahkan si pembawa khabar, kerajaan perlu lebih bertanggungjawab dan telus kepada rakyat dengan menyiasat dakwaan yang dikemukakan, menjelaskan isu terbabit dan menghukum mereka yang terlibat,” kata kumpulan itu.

Secara dasarnya, kurangnya perpaduan antara media Malaysia telah membenarkan pihak berkuasa terus cuba mengekang kebebasan media; dan pada masa yang sama mengelakkan diri daripada bertanggungjawab kepada isu kepentingan awam yang sangat mustahak seperti 1MDB.

Apa sahaja bentuk serangan kepada satu organisasi media perlu dilihat sebagai serangan kepada semua. Lebih buruk, serangan itu ialah serangan peranan periksa dan imbangan media yang sangat penting kepada kepentingan awam dalam mana-mana demokrasi tulen.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...