BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Thursday, 25 June 2015

Kenapa kerajaan tak saman The Edge dan Sarawak Report?


Kenapa kerajaan tak saman The Edge dan Sarawak Report?

Tindakan kedua-dua media yang sering mendedahkan salah laku kerajaan dan dianggap mengeluarkan berita yang tidak benar itu seharusnya diambil tindakan.

Tun-Mahathir2

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan keengganan kerajaan yang tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap akhbar The Edge dan blog Sarawak Report.

Menurutnya, kedua-dua media itu yang sering mendedahkan salah laku kerajaan dan laporannya pula yang dikatakan tidak benar sepatutnya diambil tindakan.

“Akhbar mingguan dan portal tersebut boleh dikatakan telah mencabar pihak kerajaan. Tetapi, kenapa kerajaan masih tidak ambil tindakan.

“Kenapa walaupun Sarawak Report dah cakap banyak, tetapi kenapa kerajaan masih langsung tidak saman,” katanya dalam sidang media di Majlis iftar anjuran Perkasa, pada Khamis.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand untuk mengambil tindakan terhadap akhbar mingguan dan portal tersebut.

Ia berkaitan laporan berkaitan 1MDB di mana maklumatnya dikatakan diperolehi daripada bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd, Xavier Andrea Justo.

Menurut Zahid, maklumat diperolehi Sarawak Report yang kemudiannya dilaporkan oleh The Edge itu merupakan maklumat yang tidak benar memandangkan fakta sebenar telah dipinda.
Mengulas mengenai penahanan Justo oleh pihak berkuasa negara Thailand, Dr Mahathir mempersoalkan tindakan itu.

“Yang saya hairan, dia bukan buat kesalahan di Thailand, dia buat kesalahan di Arab Saudi dan biasanya negara lain tidak akan ambil berat melainkan dia pengganas,” katanya yang pelik mengenai penahanan tersebut.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...