BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Tuesday, 30 June 2015

KALAU NAJIB TANPA MAMA MONTEL...

shared Yahaya Ismail's post.
KALAU NAJIB TANPA MAMA MONTEL...
Banyak orang berpendapat tanpa mama montel Najib mungkin tidak menjadi PM paling lemah seperti sekarang. Sebagai keturunan Bugis sesat dari status bangsawan Pahang tentulah dia mewarisi darah pahlawan Melayu terbilang seperti bapanya, Tun Razak. Setelah kawin dengan Rosmah Mansor, bini orang hingga menimbulkan skandal riuh rendah segala beruk dan ungka di hutan Pahang, maka berkahwinlah mereka, masing2 menceraikan pasangan yang lama.

Apalah malang bagi keturunan Bugis ini sejak menikah dengan Rosmah, budak kampung dari Rembau, dia nampaknya berpaut lebih pada mama montel ini. Hari ini rakyat lihat mama montel lebih hebat nafsu untuk membolot kekayaaan dengan segala pemborosannya hingga menjadi legenda modern lebih terkenal dari Emelda Marcos. Beg tangan berharga beratus ribu, jam tangan bernilai berjuta, seluruh pelusuk tubuh lemak dihiasai dengan intan berlian bersalut tatah mutu manikam (bukan Manikam pemanjat pokok kelapa ambek tuak tu tau). Dengar cerita banyak dukun dan sami Hindu, Budha antarabangsa melawat Malaysia mengagumi mama montel yang dikatakan sangat bermurah hati dan memandang tinggi profesi mereka. Dikatakan juga Rosmah sangat tertarik dengan para pelakon Hindustan, terutama sekali yang laki2, dan kerajaan Malaysia, melalui kementerian pelancongan, pernah membelanjakan sekitar RM10 juta untuk mengadakan pesta Hindustan di Genting dimana Rosmah Mansor menjadi tetamu istimewanya!

Allah Maha Berkuasa Maha Mengetahui kini Najib ditimba bala dari skandal 1MDB yang akan membawa maut politik baginya dan juga mama montel. Berbagai bala diturunkan Allah sejak Najib jadi PM. Banjir besar di Kelantan, kehilangan MH370 di Lautan Hindi, kehancuran MH17 di Ukrain, gempa di Gunung Kinabalu, serangan pengganas2 Suluk di Sabah, kerakusan dan kegelojohan mama montel yang melantik dirinya sendiri sebagai First Lady semuanya sebagai tanda kehancuran kuasa politik Najib. Malah sekarang dia dengan bangganya mlantik pegawai asing pro Zionis dan Cina sebagai punahsihat perhubungan awamnya untuk menentang pengaruh Tun M yng disokong oleh majoriti rtakyat. Tun M, mantan PM, berusia 89 tahun, terpaksa masuk gelanggang untuk mempertahankan kuasa politik Melayu Islam dan negara ini dari kehancuran yang dibwa Najib, Rosmah dengan kabilah menteri yang mandul ide, uzur intelek, lupus tarikh. 

Banyak orang berpendapat Rosmah alias mama montel, super rakus, tidak membawa tuah kepada Najib. Dia dianggap seperti Rasputin di belakang layar raja Tzar Nicholas, Russia, yang akhirnya membawa kehancuran dinasti raja di Moskow bila Lenin, pemimpin komunis, berjaya menumpaskan kerajaan beraja di sana. Kalau Najib masih bersama Tengku Puteri, isterinya yang dulu, bukan Rosmah, besar kemungkinan Najib tidak menjadi PM Malaysia paling lemah dalam sejarah.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...