BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Saturday, 27 June 2015

DENGAR KATA DATUK KHAIRUN ASEH ADA KENA MENGENA DENGAN SABOTAJ NOTHING 2 HIDE ________



DENGAR KATA DATUK KHAIRUN ASEH ADA KENA MENGENA DENGAN SABOTAJ NOTHING 2 HIDE
________
Tindakan orang kuat Pemuda UMNO Johor Datuk Khairul Anwar Rahmat meletakan semua jawatannya dalam UMNO Johor ekoran tuduhan berkonspirasi dengan Tun Mahathir untuk memalukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib menerusi pengajuran forum Nothing2 Hide, pastinya akan mengundang tindakan susulan dari ketua-ketua UMNO yang mendiamkan diri selama ini.

Tidak juga boleh dinapikan ini suatu ancaman baru yang menambah masalah kepada Datuk Seri Najib.

Walaupun Khairul memberikan alasan perletakan jawatannya untuk menumpukan kepada perniagaan guamannya tetapi seluruh negara tahu selain dari tuduhan itu ,beliau juga baru baru ini menyokong titah TMJ yang mahu pemimpin negara bertindak atas hasrat rakyat dan bukan ideologi parti.

Dalam satu kenyataannya yang disiarkan oleh Malaysian Insider hari ini Khairul mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang,Naib Ketua Pemuda Johor dan juga Ketua Setiausaha Biro Guaman UMNO.Beliau jug adalah aktivis Persatuan Sukarelawan Peguam Malaysia(SukaGuam).

Berikutan dengan kegagalan forum Nothing2Hide ,dalam suatu interviu dengan Malaysiakini Khairul mengatakan orang di JPM melakukan sabotaj tanpa menyebutkan sesiapa tetapi didedahkan oleh seorang blogger Raja Petra Kamaruddin yang dimaksudkan ialah Setiausaha Politik Perdana Menteri ,Datuk Khairun Aseh(NST 8 Jun 2015).

Menurut Raja Petra yang mempunyai hubungan khas dengan JPM" sebab mengapa Khairun (SUP) menasihatkan Najib memulaukan dialog itu kerana Khairul sebenarnya telah membuat pakatan sulit dengan Mahathir supaya hadir untuk membolehkannya memalukan Najib"
Raja Petra Kamaruddin yang dipercayai berada dalam senarai penulis bangang telah menuduh penganjur Nothing2Hide dan Malaysiakini berkonspirasi untuk menghina dan memalukan Najib.

Khairul sejak itu tidak mahu membuat sebarang komen kerana beliau mendakwa telah menerangkan segalanya kepada Perdana Menteri.

Maka itu, tindakannnya meletakan semua jawatan dalam UMNO Johor dengan mengejut pasti mengundang beberapa persoalan dan membawa kemungkinan kepada berlakunya tindakan yang sama di beberapa bahagian lagi di negeri itu.Beliau adalah seorang yang berpengaruh dan dihormati di kalangan pemuda UMNO Johor.

Jika ini berlaku ,tidak akan membantu perancangan Presiden UMNO Datuk Seri Naib yang menanguhkan pemilehan MKT UMNO tahun depan untuk memperkukuhkan perpaduan UMNO bagi menghadapi pilihanraya umum.

Penerimaan ramai lebih buruk lagi kerana hal ini berlaku sebaik sahaja pengumuman itu dibuat dan ketika Najib bagitu bersemangat mencari kekuatan baru diatas penangkapan seorang eksekutif PetroSaudi untuk membersihkan dirinya dari kekotoran 1MDB.

-Tan Sri Zainuddin Maidin

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...